Tuesday, 2 August 2011

TEPUK DADA, TANYA SELERA



segan = sombong
pendiam = biadap
O.o
????????????????


"dia pemalu tu, bukan sombong.."
"bila panggil pandang muka kita pun tak, bukan sombong ke tu?"
"dia malu..... " 






JOM selongkar maksud sebenar segan, sombong, pendiam, biadap dan pemalu dalam Kamus Dewan. 

ikhsan kamus dewan edisi ketiga kepunyaan mak ^_________^

pemalu : atas kata dasar malu
---> (orang yang ) mudah berasa malu


segan : terdapat beberapa maksud
---> tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas
---> silu berasa malu (silu, hormat, dll)


sombong :
---> tinggi hati, angkuh, bongkak, congkak, pongah (ish... mcm konfiusss)

pendiam: atas kata dasar diam
---> (orang yang) tidak suka bercakap-cakap


biadab
---> tidak ada budi bahasa, tidak beradab
---> tidak bertamadun, belum maju

orang cakap, jangan menilai orang sebelum mengenali hati budinya terlebih dahulu. TETAPI, sifat2 di atas selalunya dapat dikesan melalui pertemuan pertama, cuma, intrepretasi saja yang berbeza. mungkin individu tersebut bersifat pemalu dan pendiam, beliau merasakan lebih baik diam daripada berkata-kata, tetapi malangnya telah disalah anggap oleh individu yang satu lagi. HASILNYA, jadilah perselisihan faham yang agak sulit untuk difahamkan oleh pihak ketiga yang sangat memahami individu pemalu tersebut.

kembali semula dengan kumpulan kosa kata di atas. mana satu yg sesuai dengan anda? pilihlah sendiri... sekian.
: )

2 comments: